Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog kami, "Ladang Biri-Biri Omak Den". Kami Haji Dean & Hajjah Nieza berasal dari Kuala Lumpur dan telah dikurniakan Allah s.w.t. cahaya mata seramai 5 orang. 1 Puteri & 4 Putera. Alhamdulillah..

Kami mengusahakan ternakan biri-biri dan kambing di dusun di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Berdekatan dengan tempat mandi-manda Ulu Bendul. Jika anda pergi ke tempat rekreasi Ulu Bendul, sila singgah ke ladang kami.

Kami menternak biri-biri dan kambing jenis Damara, Long tail, Short tail, Barbados, Dopher, ferrer dan sebagainya. Ada diantara biri-biri ini yang kami jadikan baka selain dari untuk kegunaan aqiqah, qurban dan kenduri.

Monday, 3 June 2013

Jenguk Kebun hari Sabtu

Assalamualaikum..

Agak lama tak menjenguk ke blog Ladang Biri2 Omak Den. Sy pun agak bz sejak akhir2 ni. Tapi Alhamdulillah Allah swt sentiasa limpahkan rahmatnya melalui pelbagai cara dan gaya.

Biri2 sy semuanya sihat Alhamdulillah cuma tempoh hari ada masalah sedikit dengan baby biri2 yang baru lahir di mana tali pusatnya yang telah kering tu ada ulat. Begitu juga dengan seekor lembu induk jantan sy yang bengkak kakinya. Tapi semuanya telah diselesaikan dan semuanya kembali sihat normal.

Pada Sabtu yang lalu, kami pulang ke kebun Ulu Bendul menjenguk biri2 kami. Anak2 biri2 yang beranak dulu dah besar2. Dan ada dua ekor biri2 baru melahirkan anak yang comel. Masing2 melahirkan seekor anak. Sayangnya ada salah seekor dari biri2 ni melahirkan kembar. Tapi sayangnya kedua2 anak biri2 ni mati. Begini lah bila membela sesuatu yang bernyawa. Setiap yang hidup itu pasti mati.begitu juga kita. Kematian anak biri2emang tidak dapat dielakkan. Sy juga telah mengalaminya beberapa kali. Anak biri2 mati atas pelbagai faktor dan salah satu yang kerap berlaku ialah kerana tidak cukup bulan.

Secara keseluruhan, tidak ada banyak masalah berkenaan biri2. 5000 ekor Ikan talapia merah yang berada di kolam juga tidak memberi sebarang masalah. Seronok bila tengok anak ikan talapia yang dulunya kecil sangat, sekarang dah membesar menjadi anak ikan sebesar telapak tangan. Lagi beberapa bulan ikan talapia merah ni sedia untul di jual. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ikan talapia merah, boleh hubungi kami

Monday, 4 March 2013

Another New Baby

Assalamualaikum pada visitor Ladang Biri-Biri Omak Den.

Maaf atas kelewatan posting photo anak biri-biri kami yang lahir pada 20 Februari 2013 tempoh hari. Pada Sabtu yang lepas, gambar yang diambil tidak berapa terang. Pada hari Sabtu 03 March 2013, selepas selesai kelas mengaji Al-Quran dan berkunjung ke majlis perkahwinan rakan surau kami, kami sekeluarga pulang ke kebun Ulu Bendul. Kami sampai di kebun pada pukul 6 petang dan sempat kami merakam beberapa photo anak biri-biri ni. Tapi keadaan dah agak gelap, hari dah nak malam. Photo ni kami ambil pada keesokan paginya.



Ini lah dia si Ibu dan Babynya yang telah berusia lebih kurang sepuluh hari. Pergerakkan baby sangat aktif, lincah dan nakal. Menyusu dengan baik dan Ibunya juga berada dalam keadaan sihat dan telah aktif bergerak. Mereka ni telah pun dilipaskan untuk meragut makanan dan berada sesama kumpulan.


ANOTHER NEW BABY

Limpah syukur pada Allah s.w.t di mana pada pagi 03 March 2013, seekor lagi biri-biri longtail kami melahirkan anaknya. Kali ini baby boy.


Ibu dan baby masih berada dalam keadaan lemah. Si Ibu tetap menunaikan tanggungjawab menjaga dan menyusukan anaknya.


Close up sikit pada baby biri-biri yang baru berusia 2 hari ini.

Saya Chomel..



Saturday, 23 February 2013

Alhamdulillah... Beranak Lagi...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah biri-biri kami beranak lagi seekor pada 20 Feb 2013 tempoh hari. Kami belum lagi tengok tapi mengikut pak bidan yang menjaga biri-biri ni, kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat. Sekarang dalam tempoh berkurung, 'dalam pantang'. Harini baru kami nak balik ke Ulu Bendul untuk melihat keadaan mereka.

Nanti kami upload gambar baby biri-biri untuk view visitors yang sudi singgah ke blog kami ni. Jumpa lagi minggu depan InsyaAllah..

Friday, 15 February 2013

Semi Intensif

Kami menggunakan sistem SEMI INTENSIF di mana biri-biri ini di lepaskan pada siang hari dan dikurung pada malamnya di dalam kandang.


Siang, bebas kemana-mana dan meragut apa sahaja


 Petang, masuk kandang masing-masing

My 1st Baby Biri-Biri


Belian pertama kami hanyalah 3 ekor biri-biri kacukan kampung. Alhamdulillah, ini yang dikatakan rezeki Allah Taala beri. Seekor darinya bunting. Ni lah si ibu yang telah melahirkan anaknya pada 10 Jan '13.


Dah genap sebulan umur anak biri-biri ni. Keadaannya baik,sihat dan aktif. Dah besar dah dia. Tinggi dan berdaging pejal.