Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog kami, "Ladang Biri-Biri Omak Den". Kami Haji Dean & Hajjah Nieza berasal dari Kuala Lumpur dan telah dikurniakan Allah s.w.t. cahaya mata seramai 5 orang. 1 Puteri & 4 Putera. Alhamdulillah..

Kami mengusahakan ternakan biri-biri dan kambing di dusun di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Berdekatan dengan tempat mandi-manda Ulu Bendul. Jika anda pergi ke tempat rekreasi Ulu Bendul, sila singgah ke ladang kami.

Kami menternak biri-biri dan kambing jenis Damara, Long tail, Short tail, Barbados, Dopher, ferrer dan sebagainya. Ada diantara biri-biri ini yang kami jadikan baka selain dari untuk kegunaan aqiqah, qurban dan kenduri.

Monday, 4 March 2013

Another New Baby

Assalamualaikum pada visitor Ladang Biri-Biri Omak Den.

Maaf atas kelewatan posting photo anak biri-biri kami yang lahir pada 20 Februari 2013 tempoh hari. Pada Sabtu yang lepas, gambar yang diambil tidak berapa terang. Pada hari Sabtu 03 March 2013, selepas selesai kelas mengaji Al-Quran dan berkunjung ke majlis perkahwinan rakan surau kami, kami sekeluarga pulang ke kebun Ulu Bendul. Kami sampai di kebun pada pukul 6 petang dan sempat kami merakam beberapa photo anak biri-biri ni. Tapi keadaan dah agak gelap, hari dah nak malam. Photo ni kami ambil pada keesokan paginya.



Ini lah dia si Ibu dan Babynya yang telah berusia lebih kurang sepuluh hari. Pergerakkan baby sangat aktif, lincah dan nakal. Menyusu dengan baik dan Ibunya juga berada dalam keadaan sihat dan telah aktif bergerak. Mereka ni telah pun dilipaskan untuk meragut makanan dan berada sesama kumpulan.


ANOTHER NEW BABY

Limpah syukur pada Allah s.w.t di mana pada pagi 03 March 2013, seekor lagi biri-biri longtail kami melahirkan anaknya. Kali ini baby boy.


Ibu dan baby masih berada dalam keadaan lemah. Si Ibu tetap menunaikan tanggungjawab menjaga dan menyusukan anaknya.


Close up sikit pada baby biri-biri yang baru berusia 2 hari ini.

Saya Chomel..



6 comments:

  1. assalamualaikum hj dean n hajjah nieza..

    salam perkenalan..cntik ank bri tu.mno boli tu.bapak dio Dorper tu sbijik mnurun bapak dio.brapo ekor bolo biri ni..slmat mntornak lah yo..hehe

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.. Terima kasih atas kunjungan tuan. Biri2 yg beranak jantan ni kami beli pada kenalan di N9. Kami ni baru mula menternak. Belum banyak lagi mcm ladang tuan. Harap dpt kongsi ilmu sama2.

    ReplyDelete
  3. Den pun start kecik yo..tmbh cket2 ikut kmmpuan bajet yg ado..plan mmg nk tmbh induk biri lg,tp nk cri induk malin cross pyah n hrga pun dh naik skrg.haha..luas ko kwsn rgut ni hj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Bz sikit nak update blog akhir2 ni. Den pun sama start dari 3 ekor dan tambah sedikit demi sedikit. Dan alhamdulillah kebanyakannya subur jd berkembang la biri2 den ni walaupun belum byk mana.
      Kawasan ragut ni tak lah besar sgt.kawasan dusun buah buahan.klw musim durian sila la kemari.

      Delete
    2. Maaf lambat reply. Bz sikit nak update blog akhir2 ni. Den pun sama start dari 3 ekor dan tambah sedikit demi sedikit. Dan alhamdulillah kebanyakannya subur jd berkembang la biri2 den ni walaupun belum byk mana.
      Kawasan ragut ni tak lah besar sgt.kawasan dusun buah buahan.klw musim durian sila la kemari.

      Delete
    3. wkt skrg suma org bz..mklumlah dkt2 PRU13 ni.haha..cnteklah tu tmbah cket2 lma2 jd bukit laa..bab ajak ke dusun ni yg best ni.InsyaAllah hj.jika brksempatan bleh mlwt kndg nnti..:-)

      Delete